PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup. Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.
KHASIAT
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya. Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.
(a) Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.
(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.
(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
FAMA telah memperkenalkan jus pegaga yang sngguh berkhasiat dan menyegarkan sempena kempen Jom Makan Ulam-ulaman. Memang Terbaik!
#ulam #ulamualam #jommakanulam #buku1001ulam #empayarmakanan